Monday, May 20, 2013 0 comments

40 Fakta Menarik Tentang ISLAM

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling populer di seluruh dunia (walaupun salah mahomed..mohammed..dll) dan menempati urutan nomor dua di negara Inggris untuk nama bayi laki-laki ( urutan pertama ditempati oleh nama ‘Jack’ )

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropa yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl..
 
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah

6. Islam merupakan agama yang berkembang paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun dan diperkirakan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Ka’Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam‘

8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya 1 kali dalam hidupnya

9. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut "Hafiz" yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

10. Nama original dari kota suci Madinah adalah “Yasthrib”

11.pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

12. Berdasarkan data dari Departmen Pertahanan Amerika Serikat. Dari 1,4 juta askar di Amerika, diperkirakan ada sekitar 3.700 yang beragama Islam ( Muslim ).

13. Islam menyebar ke bumi nusantara ketika Nabi Muhammad masih hidup

14. Sebanyak 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

15. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu darinya telah dihilangkan oleh Allah dari bumi

16. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, Baru ditemui
oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir

17. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga..

18. Jika agama lain boleh ada lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada bertentangan di dalamnya:

19. Para astronoit telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjut. peneliti mempercayai bahwa radiasi ini memiliki ciri2 dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

20. Penelitian lain mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di air.

21. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

22. IBRAHIM adalah “Bapak” dari tiga agama besar, yakni “Judaisme”, “Nasrani”, dan “Islam”.

23. Malaikat tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahuinya.

24. Islam, berarti “submisi” atau “menyerah” kepada satu Tuhan, Allah. “Islam” juga berasal dari kata “salam”, “perdamaian” dan yang kedua dalam arti “berserah diri”. demikian, erti dari “Islam” adalah “kedamaian yang sempurna yang datang bila kita hidup berserah diri kepada Allah”.

25. Rasulullah pernah membelah bulan menjadi 2 bagian, dengan hanya menunjuk bulan dengan jarinya. diabadikan Allah dalam al-Qur’an surah Al-Qamar ayat 1: “Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah.”

26.sebelum Nabi Ibrahim menginjakkan kakinya ke tanah Makkah sudah ada bangunan Ka’bah yang telah dibangun oleh malaikat dan generasi
sebelum Nabi Ibrahim as. Hal itu dapat dipahami dari kata “Yarfa’u” meninggikan bererti meninggikan bangunan yang sudah ada.

27. Ajaran sesat di Indonesia dalam rentangan waktu selama 6 tahun saja (2001 – 2006) telah mencapai angka 250 ajaran sesat.

28. Rasulullah menyebutkan ada 73 golongan dalam islam, dan hanya 1 yang akan masuk jannah yaitu “Al Jama’ah”.

29. Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat cerdas.

30.kata2 terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

31. Selama 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan  yakni, perang uhud

32. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

33. Al-Qur’an adalah buku terlaris di benua eropah.

34. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal lebih kurang pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru..

35. Imam Ali bin Abi Thalib adalah satu-satunya orang yang pernah lahir di dalam Ka’bah.

36. Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

37. Al Khowarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan modern.

38. Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, Disitulah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya.

39. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu pijakan pada saat Nabi Ibrahim membangun Ka’bah.

40. pasukan Salib datang ke Timur ketika Khalifah Bani Abbas berada dalam masa kemunduran. Tak diduga, banyak anggota pasukan Salib tertarik kepada Islam dan kemudian menggabungkan diri dengan pasukan Islam lainnya. Thomas Arnold, dalam Al Da’wah ila Al Islam, menyebutkan bahawa mereka masuk Islam setelah melihat kepahlawanan Salahuddin sebagai cerminan ajaran Islam.

                                                                 SUMBER
0 comments

New Italy Confederations Cup Kit By Adli74

                                                                  ◙PREVIEW◙



                                                                 DOWNLOAD
0 comments

3 Hacker Paling Terkenal

              Kevin Mitnick: Top 10 most famous hackers
 1.Kevin Mitnick
        
Kevin Hacker Yang Paling Terkenal Dalam Generasinya.Jabatan Keadilan AS Menganggap Dia Ni Sebagai "Penjenayah Siber Yang Hebat".Dia Telah Menggodam Beberapa Sistem Komputer Yang Terbaik Di Dunia Termasuk Nokia,Fujitsu & Motorola.Tetapi Beliau Telah Ditangkap Pada Tahun 1995 Atas Usaha Keras FBI & Dibebaskan Pada Tahun 2000.Sebenarnya Beliau Tidak Menganggap Hacking Sebagai Jenayah Siber Sebaliknya Sebagai "Kejuruteraan Sosial"

2.Kevin Poulson        
         Poulson Mula Terkenal Selepas Berjaya Menggodam Talian Telefon Stesen Radio KIIS-FM(Los Angeles) Untuk Memastikan Dia Menjadi Pemanggil Ke-102 Bagi Memenangi Pertandingan Yang Diadakan Oleh Stesen Radio Itu Dimana Hadiahnya Adalah Sebuah Kereta Porsche.Polis Berusaha Mencari Poulson Selepas Dia "Menyusup" Ke Pangkalan Data Penyiasatan Persekutuan.Poulson Juga Pernah Muncul Dalam Rancanga TV "US Television Unsolved Mysteries" Sebagai Seorang Pelarian.Walau Bagaimanapun,Selepas Poulson Keluar Penjara Dia Telah Memulakan Hidup Baru Sebagai Seorang Wartawan/

3.Adrian Lamo
        
Adrian Digelar "The Homeless Hacker" Kerana Beliau Gemar Melakukan Penggodaman Di Kedai² Kopi,Perpustakaan Mahupun Kedai Kafe Internet.Antara Kesalahan Terbesarnnya Ialah Memecah Masuk Ke Pangkalan Data "The New York Times" & Menambah Namanya.Beliau Juga Telah Menggunakan Akaun LexisNexis Untuk Mengakses Bagi Mendapatkan Maklumat Sulit Berprofil Tinggi.Kini Adrian Bekerja Sebagai Seorang Wartawan.

Sunday, May 19, 2013 0 comments

Sejarah Hari Ibu Dan Hukum Menyambut

Sejarah Dan Hukum Sambutan Hari Ibu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
‘Hari Ibu’ disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia. Secara umumnya umat Islam tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Tahukah anda sejarah bermulanya ‘Hari Ibu’?
.

Asal Usul Sambutan Hari Ibu

.

Eropah

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut suatu perayaan yang bernama Matronalia bagi memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Orang-orang Greece pula menganggap ‘Hari Ibu’ sebagai perayaan musim bunga dan penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Perayaan ini bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.
Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
 .
.

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi “The Battle Hymn of The Republic” (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan “Hallelujah” dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
 .
.

Asia

Hari Ibu juga disambut pada hari yang berbeza-beza di sebelah Asia kerana berbagai macam sumber asal-usulnya. Di China, Hari ibu disambut sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius. Di Thailand dirai sempena hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara pada 12 Ogos. Manakala 1 Jun di Mongolia adalah Hari Ibu dan pada Kanak-kanak Sedunia juga disambut serentak. Mongolia adalah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.
.
.
.

Hari Ibu Haram?

.

Haram

Para ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan ‘Hari Ibu’ ini. Sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’ sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya itikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.
.

Harus

Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.
Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.
.
Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.
Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.
.
.

Doktrin Barat

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka.” 

Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.
.
Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya.
.
.

Persoalan

Kenapa perlu diadakan atau diiktikadkan hanya satu hari untuk hari ibu??? Adakah satu hari itu  saja dia jadi ibu kita?  Adilkah kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, kemudian berjerit perih dan bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika sakit kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak yang penuh, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari. Hari-hari lain, kita diam membisu, tidak menghubungi dan tidak ada lagi penghargaan buat ibu.
.
Firman Allah SWT :
17:23
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  (Surah al-Isra’, ayat 23)
.
.

Solusi

.
Kedudukan ibu sangat mulia di sisi Islam. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan kita. Sepatutnya disambut hari ibu sekerap mungkin… setiap hari, minggu, setiap bulan dan tahun kerana hari ibu memang sewajibnya setiap hari… Raikanlah dengan setulus ikhlas terhadap insan mulia tersebut…
Dengan termaktubnya ‘Hari Ibu’. Seharusnya dijadikan hari peringatan atau perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, mahupun sesama manusia.
Ada bagus dan baiknya diadakan sambutan hari ibu ini, sekurang-kurangnya boleh juga menyedarkan ‘Si Tanggang Moden’ yang sibuk dengan sahabat, rakan perniagaan atau tugas seharian dan orang ramai akan lebih mengenang dan menghargai jasa pengorbanan ibu..
.
.

Hak Ibu

Pengorbanan ibu kepada anak itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Oleh itu, wajib anak berbuat baik dan berbakti kepada ibu mereka terutama selepas meningkat dewasa dan bukannya menjadi anak yang ‘seperti kacang lupakan kulit’.
.
Firman Allah SWT:
31:14
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)
.
Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Jika Syurga Ibu/isteri di bawah kaki Ayah/suami, tetapi dengan keinsafan yang lebih menebal.. tanpa ibu, siapalah kita… ‘Syurga anak itu adalah di bawah tapak kaki Ibu’.
.
Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya dan seseorang anak itu tidak boleh langsung mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya. Jihad adalah perkara paling utama dalam Islam, namun kerana Ibu, jihad menjadi tempat kedua bagi seorang anak.
.
Perkara ini dikatakan sendiri oleh Rasulullah ketika ada seorang sahabat yang bernama Jahimah bertemu baginda untuk bertanyakan pandangan untuk ikut serta dalam ekspedisi jihad. Rasulullah bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab:“Ya.” Lalu Rasulullah bersabda, “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” (Shahih Sunan al-Nasai, no: 3104)
.
.
.

Sambutan Hari Ibu

.
Sambutan Hari Ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu.
Firman Allah SWT :

  وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ

 “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23) 
.
Peringatan dan perayaan boleh dilakukan dengan membebas atau meringankan tugas ibu dari kerja domestik harian yang dianggap kononnya merupakan kewajibannya, seperti mendidik, menghantar anak-anak ke sekolah, memasak, mengemas dan urusan rumah tangga lainnya.
.
Hari Ibu juga boleh menjadi wasilah untuk merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan sesama adik-beradik. Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan erat dan melahirkan suasana penuh kasih sayang sejati, saling mencintai antara satu sama lain.
.
Sambutan Hari Ibu yang memenuhi tuntutan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.
.
Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
0 comments

SEKARANG ADALAH MASA PALING TIDAK SESUAI BELI KOMPUTER RIBA

                       ku-xlarge
Laptop anda sudah perlahan? Teringin untuk membeli laptop baru yang nipis dan cantik? Tiada sesiapa boleh menghalang anda. Tetapi sedikit nasihat daripada kami, TUNGGU. Sekarang ini adalah masa yang paling tidak sesuai untuk membeli laptop. Jika anda menunggu sebulan atau dua bulan lagi, anda akan mendapat laptop yang jauh lebih baik daripada apa yang ada di pasaran sekarang.
Ya, memang betul jika anda membeli laptop bila-bila sekalipun, tidak lama kemudian akan ada versi kemaskini tetapi kali ini ianya sangat berbeza. Mac atau PC, sama sahaja, jangan beli lagi. Beberapa minggu dari sekarang, kesemua laptop dan ultrabook akan mempunyai ‘nyawa’ yang serba baru, terima kasih kepada Intel. Cip terbaru daripada Intel yang diberi nama ‘Haswell’ membawakan banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang membuatkan penantian anda sangat berbaloi.

Kuasa Bateri Sepanjang Hari
Prestasi bateri sangat penting kepada smartphone, dan ianya jauh lebih penting untuk laptop. Dengan Haswell, laptop-laptop generasi selepas ini akan mendapat kuasa bateri yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Dengan sekali cas, ultrabook yang sangat nipis akan dapat bertahan 24 jam dan standby sehingga 10 hari. Tiada satu produk pun di pasaran sekarang yang hampir kepada prestasi ini.

Prestasi Lebih Berkuasa
Penambahan kuasa bateri yang banyak tidak bermakna prestasi laptop akan berkurangan, malah ianya bertambah. Haswell bukan sahaja menggunakan sedikit kuasa bateri, tetapi prestasinya lebih baik berbanding cip yang ada di pasaran ketika ini. Ini bermakna laptop yang anda akan beli pada bulan-bulan yang akan datang bukan sahaja mempunyai jangka hayat bateri yang sangat panjang, tetapi prestasi yang lebih laju dan berkuasa.

Prestasi Grafik Terbina Dalam Yang Hebat
Bercakap mengenai kuasa yang lebih hebat, Haswell juga membawakan cip grafik serba baru yang sungguh berkuasa. Cip grafik baru yang diberi nama ‘Iris’, mempunyai 2 kali lebih kuasa dan prestasi daripada cip ketika ini.
Iris membolehkan anda bermain games terbaru yang berat seperti Call Of Duty : Modern Warfare 3 dan Bioshock Infinite pada ultrabook anda tanpa menggunakan grafik kad tambahan. Selain itu, Iris juga menyokong output resolusi 4k, yang akan menjadi popular dan standard tidak lama lagi.

Pengguna Mac
Apple dikatakan akan melancarkan Macbook Air dan Macbook Pro dengan teknologi Haswell pada WWDC 2013, 10 Jun ini. Anda kemudiannya boleh mula membeli beberapa hari selepas pelancaran tersebut. Jadi, jika anda mahu membeli Mac, sila tunggu sehingga selepas 10 Jun ini.

Pengguna PC
Pelancaran Windows 8 tahun lepas menyebabkan banyak produk-produk baru yang boleh di’convert’ daripada tablet kepada laptop. Produk-produk dengan konsep ini tidak akan berhenti tetapi dengan Haswell, jangka hayat bateri dan prestasinya sudah tentu jauh lebih baik dan menguntungkan pengguna.
Bukan itu sahaja, ultrabook yang akan keluar selepas ini akan menjadi lebih nipis dan semuanya akan mempunyai touchscreen. Jika anda bukan peminat ultrabook dengan touchscreen, laptop tradisional biasa juga akan menggunakan Haswell.

Jika Anda Tidak Peduli
Anda tetap perlu tunggu! Walaupun anda tidak peduli dengan teknologi baru dan touchscreen, pelancaran laptop dan ultrabook generasi baru nanti akan membuatkan semua produk di pasaran sekarang turun harga. Produk Apple juga akan menjadi lebih murah kerana sudah ada model generasi baru. Kesemua laptop dan PC yang tidak menggunakan Haswell akan dijual dengan harga murah untuk menghabiskan stok.
Jadi, sekiranya anda memang tidak boleh sabar dan bencikan wang anda, menunggu sebulan dua lagi sebelum membeli laptop adalah pilihan yang terbaik dan ianya pasti berbaloi.

                                                               SUMBER
 
;